E-mel Bersama Lampiran Tidak Dapat Dimuat Turun. Adakah anda pernah mengalami situasi dimana e-mel yang menggunakan Outlook yang disertakan bersama lampiran tidak dapat dimuat turun? Kami ada penyelesaiannya!
Sebelum kita masuk dalam topik untuk selesaikan masalah berikut, kita akan tengok dulu sebab-sebab tertentu kenapa lampiran tidak dapat dimuat turun.Masalah ini berpunca daripada isu kongurasi pada komputer yang sama dengan perisian pelanggan mel (Contohnya seperti Outlook).
Untuk mendiagnosis lebih lanjut, kami mencadangkan soalan-soalan berikut:
- Apakah jenis fail atau ‘file extensions’ fail lampiran dan mana-mana daripada mereka disekat dalam konfgurasi Outlook)?
- Berapa besar e-mel dengan lampiran?
- Adakah terdapat sebarang perisian berkaitan keselamatan atau-firewall yang ada pada komputer yang sama seperti Outlook (dan jika ada, adakah anda ‘disable’ buat sementara waktu)?
- Adakah pengguna telah mencuba IMAP dalam Outlook dan bukannya POP3 (atau sebaliknya)?
Cara untuk mengatasi masalah E-mel Bersama Lampiran Tidak Dapat Dimuat Turun
Kami akan mencadangkan untuk meningkatkan ‘server connection time-out’ yang ditakrifkan dalam Outlook; ini boleh membantu masalah Outlook yang tidak dapat memuat turun e-mel tertentu dalam tempoh masa dibenarkan.
- Tekan File, kemudian tekan Account Settings
- Pilih mana-mana e-mel, kemudian tekan Repair
- Klik/tick box ‘Let me repair my account manually’
- Pastikan Encryption method adalah SSL/TLS. Kemudian naikkan ‘server timeouts’ kepada 10 minit
Itu sahaja. Terima kasih kerana melawat Mi-Tech Webs dan membaca artikel ini! Kami sangat menghargainya! Anda mungkin ingin belajar bagaimana Cara Setup Shipping Cost Dalam Woocommerce – Semenanjung Atau Sabah Sarawak.