Mi-Tech Webs

Blog

Tips Pilih Domain Sesuai Untuk Website

Tips Pilih Nama Domain mitechwebs.com

Tips Pilih Domain Sesuai Untuk Website.

Memilih nama domain boleh jadi perkara yang rungsing dan keliru untuk kita fikirkan. Ia ibarat seperti memilih nama syarikat atau nama bisnes dan memerlukan pertimbangan yang betul sebelum memilih nama domain.

Untuk membina sebuah website, memerlukan nama domain yang menunjukkan jenama perniagaan anda. Ini kerana nama domain adalah identiti anda di dunia maya.

Saya akan kongsikan beberapa tips untuk memilih domain sesuai untuk website.

1. Nama yang unik

Nama domain yang unik akan mudah diingati dan mempersembahkan jenama itu sendiri. Jika anda ingin naikkan ‘personal brand’ anda sendiri, nama anda boleh dijadikan sebagai domain. Sebagai contoh, joka anda adalah konsultan, pasti ramai akan mencari nama anda terlebih dahulu di Google.

2. Mudah dieja

Disarankan untuk menggunakan nama domain yang mudah dieja. Elakkan guna perkataan yang tidak familiar supaya senang untuk orang lain layari website anda. Sebagai contoh, nama anda adalah Rokiah. Maka, lagi mudah untuk guna rokiah.com berbanding rockyiah.com.

3. Nama yang relevan

Pilih lah domain yang ada kena mengena dengan objektif bisnes anda atau kandungan website. Sebagai contoh, nama domain adalah produkcantik.com, maka kita sudah tahu bahawa website tersebut akan tunjukkan info berkaitan produk kecantikan.

4. Tidak panjang

Nama domain yang bagus adalah pendek dengan hanya menggunakan 2-3 perkataan. Sebagai contoh, bysyahmina.com, salinaishak.com, rahsiaanakpintar.com.

5. Elakkan nombor

Nombor sebagai nama domain boleh mengelirukan visitor kali pertama untuk melawat website anda. Sebagai contoh, sekiranya domain anda 3anakpintar.com, mereka boleh tersilap agak dimana ‘3’ itu dieja sebagai ‘tiga’. Seeloknya mudahkan pelawat dan elakkan penggunaan nombor dalam domain kecuali bisnes anda memang dah dikenali ramai. Contohnya seperti Maybank2U.

Untuk memastikan nama domain pilihan anda masih available atau tidak, boleh hubungi kami https://wa.link/0ph7a2 .

Kesimpulannya, anda perlu titikberatkan tips di atas sebelum membuat keputusan untuk membeli atau memilih nama domain anda. Semoga anda boleh gunakan tips ini sebagai panduan untuk mendapatkan idea nama domain anda.

 

 

 

Kongsi artikel:

get started

Nak Bina Website Bermutu Tinggi? Hubungi Kami!

Kami membantu anda memperluas branding dan bisnes kepada orang ramai dengan membina WEBSITE bermutu tinggi