Mi-Tech Webs

Apa itu Domain dan Hosting?

domain dan hosting

Sekiranya anda ingin membuat website, pastinya anda pernah mendengar tentang hosting dan domain. Namun, adakah anda masih bingung tentang domain dan hosting? Apakah perbezaan antara kedua perkara tersebut dan mengapa ia penting untuk membina sebuah website.

Apa itu hosting?

Hosting adalah server di mana terletaknya semua fail-fail website anda seperti gambar, video dan lain-lain. Ia disimpan dan diakses melalui internet. Hosting diibaratkan seperti rumah anda di mana terletaknya perabot-perabot rumah.

Server hosting biasanya di kawal oleh hosting provider dan data tersebut disimpan di data center. Memilih hosting yang terbaik adalah sangat penting untuk memastikan website sentiasa laju dan tiada mempunyai sebarang masalah seperti website down. Mi-Tech Webs hanya menggunakan hosting terbaik sahaja untuk pelanggan kami.

Apa itu domain?

Domain adalah alamat yang berfungsi membenarkan pengunjung melawat ke website yang diinginkan. Pada awalnya, domain berbentuk nombor dan huruf yang sangat rumit. Sebagai contoh, 506.457.14.512. Rumit kan? Namun, domain telah diubah menjadi lebih mudah difahami contohnya seperti https://mitechwebs.com/ untuk menunjukkan alamat server hosting tempat file website disimpan.

Untuk analogi yang lebih mudah difahami untuk hosting dan domain. Anda hanya fikirkan bahawa, hosting adalah rumah anda manakala domain adalah alamat rumah anda. Kedua-duanya berkait rapat untuk membina website di atas talian.

 

Untuk mendapatkan servis website dengan harga berpatutan dan berkualiti. Mi-Tech Webs sedia membantu anda! Dapatkan diskaun sebanyak RM10 sekiranya anda sertai kami dengan memasukkan email anda! Subscriber akan mendapat info menarik dan juga info penting yang berkaitan dengan teknologi semasa!

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel

Related post

mula sekarang

Dapatkan Lebih Ramai Pelanggan untuk bisnes anda

Jom luaskan branding anda kepada orang ramai di Google dengan membina website bermutu tinggi

Open chat
Need help?
Hello,
Apa yang saya boleh bantu?