Mi-Tech Webs

Blog

Kelebihan Berniaga Secara Online

Kelebihan Berniaga Secara Online

Dalam dunia perniagaan sekarang memang ramai yang menggunakan pelbagai kemudahan teknologi bagi membolehkan mereka membuat jualan dengan lebih mudah, lebih cepat, mengurangkan kos operasi dan meningkatkan margin keuntungan perniagaan anda. Mempunyai laman web e-dagang / e-commerce adalah cara yang paling berkesan untuk membantu anda.

Internet adalah platform yang kuat yang memberikan kesedaran luas mengenai laman web e-dagang. Kini, ramai yang hanya membuat carian di Internet untuk mencari produk atau perkhidmatan serta membeli-belah produk-produk tersebut. Laman web e-dagang dapat meningkat dari tahun ke tahun dan dilihat sebagai kaedah mudah untuk membeli produk, di mana anda juga boleh membeli pada bila-bila masa dalam sehari.

Selain itu laman web e-dagang membolehkan anda menggunakan pelbagai teknik pemasaran dan penjualan untuk orang ramai untuk terus berada di laman web anda dan membeli produk anda.

Oleh itu, apakah kelebihan yang boleh ditawarkan oleh laman web e-dagang kepada perniagaan anda?

#1 MODAL YANG RENDAH

Membuka kedai fizikal akan memerlukan anda untuk membayar ratusan atau ribuan ringgit untuk menyewa kedai setiap bulan. Tetapi, modal awal yang diperlukan untuk berniaga secara dalam talian adalah jauh lebih murah. Keperluan asas yang diperlukan adalah capaian internet dan hanya perlu membayar kos domain dan hosting untuk web e-dagang / e-commerce setiap tahun sahaja.. Sekiranya anda ingin memasarkan produk, untuk peringkat awal boleh gunakan medium percuma seperti pemasaran melalui Facebook, Instagram, WhatsApp atau Twitter.

#2 FOKUS PASARAN LEBIH LUAS

Dengan adanya bisnes online pada carian internet, anda boleh mendapat pelbagai pelanggan untuk menjual produk anda. Sebagai contoh, walaupun permulaaan bisnes anda sebagai penjual produk kosmetik yang mulanya hanya spesifik kepada pengguna di kawasan tertentu sahaja tapi dengan adanya capaian internet dan web e-dagang / e-commerce membolehkan anda membuat pengiklanan di situ dan pelanggan boleh terus membuat pembelian pada web anda. Keadaan ini sekaligus dapat meluaskan pelanggan anda yang tidak hanya terhad kepada rakyat seluruh Malaysia sahaja malah mungkin juga pelanggan daripada antarabangsa.

#3 TIDAK BERISIKO TINGGI

Ketidakmampuan untuk mendapatkan keuntungan yang mencukupi untuk membayar sewa adalah kerisauan peniaga yang ingin membuka kedai fizikal. Untuk membuat pemasaran secara dalam talian, anda boleh membuat pemasaran dengan menggunakan cara berbayar seperti pengiklanan melalui Facebook Ads, Google Adwords atau beberapa medium lain. Medium pengiklanan ini juga fleksibel di mana ianya bergantung kepada modal dan kemampuan anda sahaja.

#4 MASA YANG FLEKSIBEL

Sekiranya anda membuka kedai, selalunya anda terpaksa membuka kedai pada waktu pagi dan tutup pada lewat petang atau malam. Masa anda terikat dengan waktu perniagaan anda. Berniaga secara online memberi anda masa yang fleksibel. Selain itu juga, web e-dagang mampu untuk kekal online 24/7 tanpa henti dan pelanggan boleh beli pada bila-bila masa sahaja dengan membuat pembayaran melalui online banking, kad kredit atau kad debit.

#5 BEBAS BERADA DI MANA-MANA

Dengan berniaga secara online ini, di mana-mana anda pergi pun masih boleh menjalankan perniagaan.  Anda tidak perlu berada di sesuatu tempat dalam masa yang lama dan anda boleh menguruskan perniagaan anda di mana-mana anda berada!

 

Sekiranya berminat untuk membuat web e-dagang / e-commerce, hanya hubungi Mi-Tech Webs (+06 011 7223 2714). Kami membantu anda memperluas branding dan bisnes kepada orang ramai di Google dengan membina WEBSITE bermutu tinggi. Bisnes Online Anda Bermula Di Sini!

Kongsi artikel:

get started

Nak Bina Website Bermutu Tinggi? Hubungi Kami!

Kami membantu anda memperluas branding dan bisnes kepada orang ramai dengan membina WEBSITE bermutu tinggi